Akaun nawalherbalbeauty.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
PESANAN PEMBELIAN LOOSE ITEM
LOOSE ITEM



1. AROMA MASSAGE OIL


Aroma Massage Oil minyak panas aromaterapi dari 100% pati asli minyak limau purut dan halia. Sesuai untuk ibu hamil mengurangkan loya dan pening, ibu berpantang untuk disapu ke seluruh badan selepas ibu mandi herba pada waktu pagi dan untuk proses urutan seluruh badan ibu berpantang. Untuk urutan di sekeliling payudara mengurangkan bengkak susu bagi ibu selepas bersalin. Ia bantu mengurangkan lenguh, menghangatkan badan, melindungi badan ibu dari kesejukan dan angin.

Ibu hamil sering ada masalah kaki cramp (kejang) kan? Urat timbul di betis, betis bengkas, kaki sembap. Rasa pengaliran darah tak lancar di kaki. Ada yg kaki sampai sembab padahal bukan berjalan banyak pun . Mommy yang lenguh lenguh kaki, boleh urut tapak kaki dan betis dengan aroma massage oil ya malam malam sebelum tidur. Best sangat. Rasa lega sikit lenguh kaki tu. Kaki rasa hangat dan bau pun wangi tenang je rasa. Bukan utk tapak kaki dan betis je, lenguh pinggang pun bagus sapukan aroma massage oil.

Aroma massage oil teman rapat mak dan ayah kita di kampung. Urutan dengan produk ini membantu membuang angin. Badan berasa lebih ringan. Masa terbaik menggunakan Aroma massage oil ialah selepas mandi pagi dan sebelum tidur malam dan sapukan ke tapak kaki, betis dan pinggang Untuk ibu hamil, Aroma Massage Oil membantu mengurangkan sembap kaki dan mengurangkan rasa loya dan pening. Bauan wangi yang menyegarkan daripada buah limau purut membuatkan si ibu hamil dan ibu berpantang berasa selesa, tenang mengurangkan stress.

Kandungan 70ML. Penggunaan 2-3 minggu berpantang
RM40.00 


2. GEL MANDIAN AZZAHRA



Laku seperti pisang goring cheese!! Produk wajib beli oleh setiap ibu berpantang!Nak mandi herba? Tak payah nak beli atau cari daun daun herba dah. Tak payah rebus. Jangan membazir masa ibu yg sangat berharga tu. Just guna gel mandian azzahra, picit jer, mandi dgn air suam. Fuhh kesan dia mmg sebiji sama mcm mommies mandi dgn air rebusan daun daun herba. Tak beza langsung. Wangi harum semerbak lagi. Mengandungi 13 ekstrak herba dan rempah ratus rahsia termasuk garam bukit.Herba herba ni digunakan dari dulu lagi khusus utk mandian ibu lepas bersalin dan sangat berkesan melegakan kegatalan kulit dan menghaluskan kulit. Nak lebih syok, gunakan span semasa mandi. Picit sedikit gel mandian azzahra ke span, kemudian gosok lama lama ke seluruh tubuh. Kesannya badan akan berasa hangat, kulit menjadi lebih halus, badan lebih segar dan harum mewangi. Membantu tidur malam yg lebih lena. 

Terdiri dari 13 jenis ekstrak herba dan rempah ratus eksklusif antaranya serai wangi, inai, halia bara, rempah gunung, meringan, dan garam bukit. 

MEMUDAHKAN MOMMIES UTK MANDI HERBA
Ibu berpantang tak perlu lagi :-
1. Susah susah nak mencari daun herba yg pelbagai jenis dengan pelbagai khasiat 
2. Susah susah nak merebus daun daun herba
3. Tak perlu lagi nak kena jaga air rebusan herba supaya tak kering dan tak hangit di atas dapur.
4. Tak perlu membazir gas dapur
5. Tak perlu nak angkat periuk panas dan tuang dan tapis air rebusan ke dalam baldi
6. Tak perlu membazir masa dan tenaga
7. Tak perlu nak membiarkan baby sendirian dan membiarkan baby menangis mencari ibunya 
8. Tak perlu semua tu lagi dahhh

Kini lebih MUDAH! Cuma ada air suam je cukup! Sediakan cerek elektrik di dalam bilik tidur mommy dan rebus sahaja air panas kosong. Picit saja gel mandian azzahra dan sapu terus ke badan semasa mandi. Sapu ke seluruh tubuh dan biarkan gel meresap dan biarkan selama 5 minit. Gunakan bersama span untuk kesan lebih baik. Selepas itu, bilas dengan air suap.  Tak perlu pakai sabun lain dah ya.

Jika ada Scrub Lemon Salt, gunakan scrub ini selepas anda dah bilas badan anda dengan air suam. Gosokkan Scrub Lemon Salt ke seluruh badan dan fokuskan pada kulit yang gelap, kesannya kulit menjadi lebih cerah, lebih halus dan gebu. Selesai mandi herba dan skrub, ibu berpantang lapkan tubuh hingga kering dan sapukan pula Aroma Massage Oil ke seluruh badan terutama ke tapak kaki, betis, perut dan leher. Badan ibu akan menjadi semakin hangat dan semakin segar.

Kandungan 270ml. Harga RM42.00. Untuk penggunaan sehingga 44 hari.


3. NATURAL ROSE WATER



Membantu atasi masalah :-
✔Kulit wajah yang sering kering
✔Kulit kusam tidak bermaya
✔Menjadikan wajah lebih pinkish
✔Menjadikan wajah glowing tanpa makeup
✔Mengecutkan Jerawat
✔Menjadikan makeup tahan lebih lama
✔Menjadi pengganti foundation
✔Sebagai penanggal makeup
✔Anti penuaan
✔Pori kulit kasar dan terbuka
✔Mencegah keguguran rambut
✔Membantu melebatkan rambut

Hanya dengan satu produk sahaja iaitu Natural Rose Water. Jimat duit dan jimat masa. Wajah lebih berseri dan kulit . Wajah ibu berpantang menjadi semakin segar, mengecutkan jerawat, menghaluskan pori pori kulit dan menyerikan wajah ibu berpantang. Sangat digalakkan dipakai apabila mommy ada appointment doktor atau check up baby. Natural rose water menaikkan seri wajah ibu dan tiada masalah jika dipakai selepas ibu dah pakai pilis daripada gel herbal.Wajah ibu yang kusam dan tak bermaya menjadi berseri dan lebih segar. Sekaligus menaikkan mood positif mommy. Setiap wanita, remaja dan suami juga boleh gunakannya untuk kegunaan harian.

Kandungan 20ml. Harga RM22. Untuk penggunaan sehingga 3 minggu.


4. FEMININE WASH MANJAKANI



LUKA JAHITAN BERSALIN CEPAT KERING DENGAN FEMININE WASH MANJAKANI 

Pencuci wanita yang berasaskan manjakani dan sireh dgn haruman strawberi. Sesuai utk ibu hamil, ibu berpantang dipakai masa hari ke 7 bersalin dan untuk kegunaan harian. Ia membantu mengeringkan luka jahitan bersalin, mengurangkan kegatalan di bahagian intim, mengurangkan keputihan dan lendiran yang banyak dan merimaskan, memesrakan kembali hubungan suami isteri yg semakin hambar 
dan mewangikan bahagian intim. 

Miss v Tak Selesa, Gatal, Bau? Risau Jahitan Bersalin Lambat Kering? Ekstrak manjakani dan sireh sebagai agen pencuci dan penjagaan bahagian intim wanita sejak zaman dahulu kala. Ia juga sangat wangi kerana menggunakan ekstrak strawberi sebagai pewangi yang menyegarkan. Ibu hamil selalunya mengalami masalah gatal merenyam di bahagian sulit. Sedangkan sebelum tu selama ni tak pernah pun mengalami masalah sedemikian. Ia boleh digunakan sekali sehari semasa hamil setelah kandungan masuk 5 bulan. Ia bantu menjadikan miss v sangat selesa dan selesa dan menghilangkan kegatalan.

Kalau sedang period, digalakkan menggunakannya 2 kali sehari dan juga sangat digalakkan digunakan selepas habis bertangas. Remaja 

Kandungan 70ml. Harga RM35. Untuk penggunaan hingga 2 bulan.


5. GEL HERBAL



BOSAN DENGAN PARAM PILIS YANG SELALU SERBUK HERBA DIA JATUH BERTERBANGAN KE UDARA DAN TERKENA BABY? NAK PARAM PILIS DLM BENTUK GEL YANG LAGI MUDAH TAPI HERBA SANGAT?

Tak payah nak dibancuh bancuh dengan air dulu. Picit dan terus tepek / sapu je kat perut dan dahi. Yang mana kandungan gel tu bukan kandungan biasa biasa tapi ekstrak dari begitu banyak herba yang memang telah terbukti terbaik untuk rawatan param dan pilis.

Kelebihan:-
 100% ekstrak herba original Bedak Panas Syifa kini dalam bentuk GEL untuk membantu memudahkan ibu berpantang!
 Dimodenkan dalam bentuk gel tetapi masih mengekalkan amalan tradisi
 Khasiat sama hebat seperti Bedak Panas Syifa.
 MUDAH dan CEPAT. Tidak perlu lagi bancuh bedak dengan air.
 Sangat jimat masa
 menghangatkan badan
 mengelakkan serangan angin semasa dalam tempoh berpantang
 MEMBAKAR LEMAK
 melawaskan pembuangan

Cara penggunaan:-
Picit sedikit ke tapak tangan. Sapukan ke dahi sebagai pilis dan sapu ke perut dan pinggang sebagai param sebelum ibu pakai 
bengkungMengandungi 10 ekstrak herba daripada herba Bedak Panas Syifa. Nak pakai param pilis? Mudah...Kini tak payah bancuh dan tak meleleh dan terbang ke udara lagi....Slim pun boleh!

Kandungan 70ml. Harga RM38.00. Untuk penggunaan 2-3 minggu berpantang.


6. SCRUB LEMON SALT



SKRUB UNTUK KESEGARAN DAN KECANTIKAN KULIT IBU BERPANTANG DAN SETIAP WANITA

Membantu wanita yang nak mendapatkan kulit seluruh badan yang bukan sahaja bersih, sihat, malah menjadi lembut, gebu dan cerah. Bukan itu sahaja, wangian buah lemon yang segar akan kekal lama melekat di badan. Selepas selesai berlulur dengan Scrub Lemon Salt, anda yang ada Gel Mandian Azzahra boleh menggosok gel mandian azzahra ke seluruh badan pula. Ia menjadi terapi mandian yg bukan 
saja menyegarkan tubuh yg keletihan kerana penat bekerja seharian di rumah atau work from home pekerja pekerja company dan government kerana mengikut arahan kerajaan, malah mengurangkan stress.

Fungsi :-
Menanggalkan sel kulit mati, merangsang pertumbuhan sel sel kulit baru secara semulajadi, menghilangkan daki, mencerahkan kulit. Untuk kegunaan seluruh badan.

Cara Penggunaan 
Gunakan 2x seminggu. Gunakan pada hujung minggu pertama berpantang semasa mandi. Lulurkan scrub ke seluruh badan dan gosok hingga 5 minit kemudian baru bilas dengan air bersih dan gosokkan pula gel mandian azzahra ke seluruh badan. Pengalaman scrub bersama Gel mandian azzahra akan memberikan kesan perasaan positif dan kesegaran luar biasa kpd setiap orang. Suami juga boleh 
gunakannya.

Kandungan 100gm. Harga RM25. Untuk 4-5 kali penggunaan. 


7INTENSIVE TONING LOTION



"Saya nak pakai yg mana satu ya kat perut sebelum pakai bengkung?
Intensive toning lotion boleh dipakai waktu malam iaitu selepas ibu dah buka bengkung. Dan juga selepas mandi herba waktu maghrib. Terus sapu Intensive Toning Lotion ke perut, peha, lengan. Sapuan kenalah rata. Lebih elok lagi sebelum tidur, pakai sekali lagi  Intensive Toning Lotion ke tempat tadi. 

Untuk kesan terbaik :-
 Pakai 2 kali sehari minimum
 Pagi dan malam. Pagi elok lepas mandi pagi. Malam pula sebelum tidur
 Sapuan harus betul betul rata untuk serapan sempurna
 Perbanyakkan minum air suam dan kurangkan minuman dan makanan manis.
 Kurangkan ais
 Konsisten dipakai setiap hari

Kelebihan Losen Slimming ini :-
 Tak panas langsung
 Bau lemon citrus yang sangat wangi
 Membantu melawaskan
 Sesetengah orang sampai jadi berpeluh kat tempat sapuan losyen
 Sesetengah yang lain sampai jadi gatal kat tempat sapuan losyen

Di atas tu baru short term effect. Biasanya 1 minggu je kalau dipakai 2 kali sehari konsisten, masuk minggu kedua, seluar dah rasa makin longgar. 

Kandungan 120ml. Harga RM43.00. Penggunaan 3-4 minggu.


8. BIDARA BABY OIL



PENAWAR KEPADA MASALAH KEMBUNG PERUT DIKALANGAN BAYI 

Mengelakkan bayi dari kesejukan dan bantu baby tidur lebih lena. Selesakan badan bayi dan membantu ibu mendapat rehat yang mencukupi pada waktu malam dan dapat lalui proses berpantang dengan lebih tenang.Baby yg baru lahir selalu susah nak tidur malam kan? Selalu kita terdengar mama bercerita, waktu malam baby mesti terjaga, mama pula terpaksa bersengkang mata menjaga baby yang tak mahu tidur malam.Yang paling tak tahan ialah kalau baby sering menangis . Mommies jangan risau. Bidara Baby Oil in shaa Allah boleh membantu.

Diperbuat daripada ramuan ekstrak buah bidara dan minyak kayu putih, kedua bahan yang telah diguna turun temurun untuk melegakan masalah kembung perut ini terbukti berkesan. Ditambah dengan bau buah honey dew yang pasti membuatkan baby semakin wangi.

Kandungan 70ml. RM50. Untuk penggunaan hingga 2 bulan. 


9. HERBA MANDIAN AZZAHRA



Mandian herba daripada 13 jenis herba dan garam bukit yg dikeringkan. Sangat istimewa tapi mommies nak guna perlu rebus dulu ya. Ia bagus untuk menghaluskan kulit dan membuang sel kulit mati. Juga bagus untuk rendaman kaki. Sebotol 270gm dan tiada expired date. Kandungannya sangat banyak dan mommies boleh ulang rebus. Sangat jimat kan.

Pagi pagi elok sangat mandi dengan herba mandian azzahra. Herba daripada daun dan rempah ratus segar. Tak diproses. Rebus selama 15 minit. 3-4 sudu sekali rebus. Sukatan air lebih kurang 2.5 liter. Kemudian tuang ke dalam baldi air rebusan tu. Campurkan dengan air biasa sampai jadi suam.

Apa kesan dirasai selepas mandi herba?
 Badan akan rasa hangat
 Perjalanan darah akan lebih lancar
 Bau badan tersangat wangi
 Gugur rasa letih dan lesu badan
 Badan jadi segar
 Kulit menjadi sangat lembut (masa mandi herba gosokkan daun herba ke kulit, ala ala skrub)
 Wajah naik seri
 Tidur malam lebih lena

Herba mandian azzahra takde expired date. Boleh simpan lifetime. Jangan bagi kena air ya. Herba yang dah rebus boleh ulang rebus 3 kali. Jimat sangat.Lepas dah mandi herba, ibu ibu digalakkan sapukan Aroma Massage Oil ke seluruh badan ya terutama tapak kaki, leher dan perut. Aroma Massage Oil mengekalkan badan ibu sentiasa dalam hangat, mengelakkan kulit dari kesejukan dan mampu membuang angin. Lepas itu baru ibu pakai stokin dan pakai Gel Herbal untuk param ke perut diikuti pakai bengkung pula ya.

Khasiat Herba Mandian Azzahra antaranya adalah:_
 menyegarkan badan si ibu
 membuang angin
 mempercepatkan proses penyembuhan luka kesan bersalin
 meringankan badan
 mewangikan badan
 mematikan kuman

Ia sesuai digunakan untuk herba sauna, herba mandian ibu hamil dan ibu berpantang, herba rendaman kaki untuk kelegaan kaki yang letih, herba tangas iaitu tangas basah dan tangas kering.

Kandungan 270gm. Harga RM65 
Tiada tarikh luput


10. BENGKUNG ZIP 


Kelebihan Bengkung Zip
 Diperbuat dari material belacu
 Mempunyai tali di hadapan dan zip di tepi
 Ibu boleh memakai bengkung ini menggunakan tali dihadapan dan membuka bengkung melalui zip
 Zip akan memudahkan ibu untuk ke tandas
 Ukuran bengkung zip yang labuh akan membantu melangsingkan seluruh badan ibu

Terdapat dalam free size, xl dan xxl. Untuk xxl, sila berikan ukuran pinggul dan pinggang anda kerana saiz xxl ini kami akan custom made mengikut bentuk badan anda.

Bengkung zip sesuai untuk ibu yang bersalin normal dan bersalin czer. Pemakaian bengkung zip untuk ibu bersalin czer digalakkan setelah masuk hari ke 7 bersalin atau setelah jahitan czer semakin kering. Namun begitu, adalah lebih digalakkan untuk ibu bersalin czer memakai Bengkung Pelekat terlebih dahulu selama 1-2 minggu pertama berpantang. Sebab Bengkung Pelekat ini material lebih lembut dan lebih selesa buat ibu yang czer.

Bersalin normal? Bengkung zip adalah pilihan terbaik sebab ia sangat kemas dan terletak kemas di badan. Pemakaian secara konsisten 8 jam sehari ditambah dgn gel herbal, dan waktu malam masa tak pakai bengkung, mommy sapu intensive toning lotion pula kat perut tu, sangat membantu mengempiskan semula perut yang buncit dan menggeleber. Kembali langsing.

Untuk persediaan terbaik, sediakan 2 helai bengkung untuk diguna selama 44 hari berpantang. Satu helai jenis zip dan satu helai lagi jenis pelekat. Ia penting supaya bila mommies basuh sehelai, masih ada sehelai lagi untuk dipakai setiap hari. Kerana berbengkung wajib dilakukan selama 44 hari pantang dan setiap hari paling bagus selama 8 jam sehari.

Kalau mommies malas berbengkung, perut susah nak kempis, perut kekal buncit dan londeh walau telah habis pantang, rahim kembang dan terdedah risiko rahim jatuh (proplaps).

Free size Harga RM70
Size XL Harga RM85
Size xxl Harga RM115

11. BENGKUNG PELEKAT



Susahnya nak pakai bengkung yg jenis tali tu kan? Leceh la. Terus jadi ambik masa lama utk pakai. Kalau tak pakai bengkung nanti perut pula jadi londeh. Aduh dengan baby pula dok berteriak kat dalam baby cot tu. Kesiannya. Macamana mak nak pakai bengkung ni? Takde ke Nawal jual bengkung pelekat? Ye lah kan senang kalau ada bengkung pelekat ni. Zap zip zup zassss dah siap terletak kemas di 
badan.

Adaaaa mommy. Haaa tapi sapulah dulu Gel Herbal ye kat perut tu sebelum pakai bengkung pelekat ni. Waktu malam semasa mommy tak pakai bengkung, mommy sapukan pula Intensive Toning Lotion di perut. Dengan kerajinan mommy, badan dapat kembali kurus sebaik habis tempoh berpantang.

Kelebihan :-
1. Gabungan material cotton dan kain getah
2. Bengkung ekspres dan siap pakai dalam masa kurang 2 minit saja
3. Bengkung boleh dilaraskan mengikut tahap ketat yang diingini
4. Labuh melebihi paras punggung
5. Cepat dan menjimatkan masa
6. Pilihan utama ibu bersalin czer

Free size Harga RM70
Size XL Harga RM85
Size xxl Harga RM115

Perhatian : Mommy boleh pilih samada mahukan bengkung pelekat atau bengkung zip. Harga diatas untuk bengkung pelekat/ bengkung zip ukuran free saiz. Free saiz sesuai untuk berat sebelum hamil 50-78 kg. Sila tulis Nota Tambahan di bahagian pembelian dibawah jenis bengkung pilihan anda.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Produk apa yang anda berminat? Jangan lupa untuk tanyakan kami persoalan anda berkaitan produk atau pembelian dengan klik disini!

FOLLOW INSTAGRAM Hq Nawal dan lihat perkongsian promosi semasa dan TESTIMONI nawal lovers dengan Follow Instagram Hq Nawal disini!

Ikuti Hq Nawal di FACEBOOK dan like kami untuk update terkini promosi dan testimoni nawal lovers dengan Klik fb page hq nawal disini :)  

                                             






Produk apa yang anda berminat? Jangan lupa untuk tanyakan kami persoalan anda berkaitan produk atau pembelian dengan klik disini!

FOLLOW INSTAGRAM Hq Nawal dan lihat perkongsian promosi semasa dan TESTIMONI nawal lovers dengan Follow Instagram Hq Nawal disini!

Ikuti Hq Nawal di FACEBOOK dan like kami untuk update terkini promosi dan testimoni nawal lovers dengan Klik fb page hq nawal disini :)